PENCAPAIAN TERBAIK STPM SJI SESI 2017/2018

 YANG BIASA-BIASA MENJADI LUAR BIASA 

SJI meneruskan legasi kecemerlangan sekali lagi. Peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini membuktikan usaha yang gigih membuahkan hasil yang sangat manis. SJI melakar kejayaan kejayaan cemerlang dengan melonjakkan prestasi sekolah ke tahap tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Pencapaian terbaik mutakhir ini apabila Nilai Gred Purata Sekolah  bagi peperiksaan STPM mencapai Nilai Purata 2.91 mengatasi Nilai Purata peringkat negeri Wilayah Persekutuan ( 2.79 ) dan Nilai Purata peringkat kebangsaan ( 2.80 ).

Seorang pelajar Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) SJI telah terpilih sebagai Pelajar Terbaik STPM peringkat Kebangsaan sesi pengajian 2017-2018 mengulangi rekod yang sama pada tahun 2016 dan dan 2017. Ini menjadikan SJI menerima anugerah yang sama di peringkat kebangsaan 3 tahun berturut-turut. Nur 'Aqilah binti Zamri telah berjaya memperolehi  semua A dalam mata pelajaran yang diambil dengan mencapai NGP 4.0.  Beliau menerima anugerah khas ini daripada Menteri pendidikan YB Dr. Maszlee bin Malik dalam satu majlis khas  di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.  Seorang lagi pelajar SJI, Nurul Afiqah binti Abdul Razak 

Continue Reading

More Articles ...