Monday, 01 September 2014
 
 
Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa PDF Print E-mail
Written by Norm SuperB   
Wednesday, 20 June 2012 23:18

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Datuk /Dato’ /Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam selaras dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 yang lalu.

Program Yuran Pengajian ini hanya ditawarkan pada tahun 2012. Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.

Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggisetelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma) dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.

Nota : Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;

(c) Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2012;

(d) Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada (3) tahun;

(e) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

(f) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2012;

(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 peratus bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;

(h) Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;

(i) Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;

(j) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;

(k) Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;

(l) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;

(m) Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan

(n) Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.

 

TAWARAN

Iklan tawaran akan dibuka mulai Julai 2012 sehingga Ogos 2012. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my.


SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA 
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA 
KEPADA PENJAWAT AWAM


1. Universiti Malaya
2. Unversiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Sekian,terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

 

Last Updated on Tuesday, 03 July 2012 01:55