Thursday, 24 July 2014
 
 
Sejarah Pendidikan Khas PDF Print E-mail
Written by Norm SuperB   
Wednesday, 11 January 2012 04:11

 

SEJARAH AWAL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PELAJAR- PELAJAR MASALAH PENGLIHATAN
(BUTA DAN RABUN)
SMK.ST. JOHN
JALAN BUKIT NANAS
KUALA LUMPUR

Pendahuluan
Sebagaimana yang diketahui dan sejarah Pendidikan Awal Tanah Melayu, Sekolah Menengah St.John atau pada awalnya dikenali dengan nama St. John Institution merupakan antara sekolah- sekolah terawal yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada 18hb Januari 1904. Sekolah ini dianggap istimewa, bukan sahaja dari segi lokasinya, mahu pun kecantikan bangunan sejarahnya serta nilai estetikanya tetapi ada suatu keunikan yang menjadi kebanggaan warga sekolah ini. Ianya ialah dengan kehadiran pelajar- pelajar masalah penglihatan sama ada yang buta sepenuhnya (total blindness) atau pun yangrabun (low vision) yang telah diberi peluang pelajar bersama- sama dengan pelajar- pelajar yang berpenglihatan normal di dalam kelas yang sama. Hadirnya mereka disini adalah dengan kesedaran pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang begitu prihatin terhadap mereka dengan memeberi peluang kepada mereka belajar seiring dengan pelajar- pelajar biasa melalui satu program isitmewa yang dipanggil PENDIDIKAN INKLUSIF/INTEGRASI.

PENDIDIKAN INKLUSIF bagi murid –murid masalah penglihatan telah dimulakan pada tahun 1962 di Malaysia dan sekali lagi Sekolah Menengah St. John merupakan sekolah YANG TERAWAL menerima pelajar- pelajar masalah penglihatan secara integrasi atau pencantuman. Lebih jelas dikatakan disini bahawa sekolah inilah yang telah mula- mula menerima pelajar- pelajar masalah penglihatan belajar bersama-sama pelajar-pelajar yang berpenglihatan normal. Semuanya ini bermula pada tahun 1966 apabila secara rasminya sekolah St. John mencipta sejarah dalam program Pendidikan Inklusif ini dan sejak tahun itu, program ini telah berjalan dengan lancarnya sehingga ke hari ini iaitu tahun 2010.

Di sepanjang 44 tahun (1966- 2010) program ini telah menempatkan pelajar- pelajar bermasalah penglihatan belajar bersama –sama pelajar –pelajar berpenglihatan normal di Sekolah Menengah St. John telah melihatkan begitu banyak pencapaian dan kejayaan – kejayaan yang mampu dicapai oleh mereka yang kurang bernasib baik ini. Malahan ketika di dalam kelas bersama- sama pelajar – pelajar yang mempunyai pancaindera yang cukup lengkap, kepintaran dan kepandaian mereka adakalanya melebihi dan mengatasi mereka yang normal tersebut.

Dan semenjak keputusan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar- pelajar masalah penglihatan diinklusifkan dengan pelajar- pelajar biasa SM St.John pada tahun 1966, kebanggaan dan kegemilangan menjadi tunggak kecemerlangan sekolah ini. Apa tidaknya SETIAP TAHUN ada sahaja pelajar- pelajar masalah penglihatan SM St. John yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti tempatan mahupun universiti luar negeri. Malah kecemerlangan dan prestasi pelajar- pelajar yang tidak mempunyai pancaindera penglihatan ini ada kalanya jauh lebih baik daripada pelajar- pelajar yang dikurniakan penglihatan yang normal.
Tidak sia- sia keputusan Kementerian Pelajaran yang menggalakkan dan memberi peluang kepada pelajar- pelajar buta dan rabun ini belajar seiring dengan pelajar- pelajar biasa melalui program inklusif, integrasi atau juga dinamakan program percantuman kerana ternyata semenjak program ini diwujudkan terutamanya pelajar- pelajar Tingkatan 6, telah menghasilkan graduan- graduan dari Universiti Malaya yang begitu ramai. Malahan mereka yang tidak ke universiti juga berjaya dalam hidup.

 

Last Updated on Wednesday, 11 January 2012 04:14