Friday, 22 August 2014
 
 
SAPS - Sistem Analisa Peperiksaan PDF Print E-mail
Written by Norm SuperB   
Friday, 09 December 2011 04:49

Tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas initiatif untuk memantapkan sistem pendidikan negara. KPM maju setapak lagi dengan memperkenalkan satu sistem analisa peperiksaan berpusat yang di panggil SAPS. Sistem ini mula diperkenalkan dan digunakan di seluruh negara pada Julai 2011. Sistem ini mempunyai kemudahan yang mana ibubapa boleh memantau keputusan peperiksaan anak-anak secara dalam talian.

Ibubapa hanya perlu pergi ke alamat berikut http://www.saps.moe.gov.my atau boleh juga ke pautan yang telah disediakan di sebelah kiri laman web ini. Kemudian, bolehlah anda mengikut langkah-langkah di bawah.

Anda boleh klik pada SEMAKAN IBU BAPA.

Kemudian, menu seperti di bawah akan keluar, dan anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anak anda.

Jika sekiranya nombor kad pengenalan yang dimasukkan tidak sah ataupun dinyatakan TIADA DALAM PENGKALAN DATA, anda boleh berhubung terus dengan pihak sekolah bagi memastikan perkara ini kerana berkemungkinan berlaku kesilapan memasukkan data di dalam sistem.

Selamat Mencuba!